Sunday, August 23, 2015

Misi Banteras Kpop - Seoul, Korea Part 1 (entah bila nak sambung part 2)

(this post was written on May '15)

hi
just wanna write about my korea trip last january
sebab trips before this semuaaaa dah lupa, the name of the places and almost everything, sayang lah.
taktau la kenapa aku ni pelupa sangat haih.
so kali ni better aku tulis sebelum aku lupa. saja buat kenangan tua tua nanti kan haha.


Seoul Day 1 - Monday 12/01/15

so me and two friends of mine boarded air china flight beijing-seoul and arrived in Incheon International Airport around 12 pm waktu korea (awal sejam dari malaysia)
masa dekat airport terus cari 7eleven pastu beli T-money card (for public transport)
kitorang naik shuttle bus untuk ke guesthouse which costs us 10 000 won each. agak mahal, silap tak tanya dulu.
turun bas sekitar namdaemun market, lepastu kitorang berjalan dalam 15 minit untuk ke Newsun Guesthouse



guesthouse ni not bad gak la, and pekerja dia orang china, so memang kitorang interact dengan dia in chinese je. tapi dia boleh je speaks english.
kitorang pilih guesthouse ni sebab location dia convenient plus free breakfast provided hehehe.
so setiap orang bayar 138000 won for 5 nights (RM414), aku rasa affordable gak la lagipun bilik kitorang ada 4 katil sebab takde lak bilik untuk 3 orang.
kitorang lepak jap rehat-rehat lepastu keluar pegi namdaemun market. namdaemun market ni dekat sangat sangat dengan guesthouse kitorang, so memang berjalan kaki je pergi sana.




memang boleh tahan lapar jugak masa tu, lepastu sambil jalan-jalan tengok macam best je cucur udang ni.. harga 1500 won.

jalan-jalan jap hirup udara seoul erm tapi macam takde perasaan excited sangat mungkin sebab dah biasa jumpa korean dekat beijing dan memang dah selalu makan makanan korea dekat sana..sepatutnya kalau datang korea awal awal dulu mungkin lebih excited kot..




lepastu dinner dekat satu kedai makan ni. kitorang pun takde la cari kedai halal ke apa kan, just makan makanan yang kita boleh makan..macam ni nasi dengan sayur and telur which is called bibimbap costs 6000 won..dan topokki yang sedap gile lagi sedap dari yang aku makan dekat beijing haha ok u win seoul.


lepas dinner memang takde plan nak pergi mana-mana pun jadi terus balik guesthouse dan rehat.


Seoul Day 2 - Tuesday 13/01/15 

hari kedua kitorang mulakan dengan bismillah dan melahap. haha pagi pagi tu breakfast dulu.. batak sebab bukak peti ais ada roti free telur free susu free atas meja ada cereal free 3in1 drinks free megi free hahaha memang puji la servis tempat ni. tapi free dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi je.
settled breakfast kitorang naik subway gerak ke Gyeongbokgung Palace. oh ya, dekat subway tu memang dah janji nak jumpa kawan kitorang jugak si dopo. tapi hotel dia tempat lain la sebab tu memang janji jumpa dekat subway je.

Gyeongbokgung Palace : Subway Line 3 to Gyeongbokgung Palace Station (Exit 5)

malangnya.....
pergi palace nak tangkap gambar, palace tutup HAHAHAHA
okbye memang tutup serius tak tipu. katanya hari selasa tutup...so kitorang pasrah dan menyerah..tangkap gambar dekat luar pagar je sobs



lepastu keluar dari kawasan palace tu menuju ke Bukchon Hanok Village. jalan kaki lama jugak lah, otw tu memang ada jumpa japanese yang tengah tanya jalan dekat pakcik guard so kitorang pun join la cik jepun ni sekali pergi ke village tu.








jenuh jugak berjalan dekat sini sebab berbukit and tangga dia semua curam. termengah mengah jugak la aku dibuatnya haha. maybe sebab kawasan village ni dekat atas-atas, ya Allah memang sejuk nokhorom, sampaikan hilang mood aku nak bergambar. jari kaki and tangan aku pun sakit-sakit menahan sejuk.

ni je gambar-gambar yang aku ambik


















lepas tunggu mek habis bergambar (sebab dia yang paling semangat haha) akhirnya kitorang gerak ke Insadong berjalan kaki sahaja..route semua aku dah lupa sebab well tulis ni pun 4 bulan lepas pergi kan jalan semua tak catat so memang tak ingat la huhu yang aku ingat kitorang jalan agak jauh pastu tanya orang dan sampai pun dekat situ akhirnya..Insadong ni harga souvenirs dia lagi murah daripada Myeongdong so hari ni kami jalan jalan je dulu survey nanti hari lain baru datang shopping.

habis pusing Insadong kitorang gerak ke Subway Station menuju ke Itaewon nak melawat masjid dekat sana yang kalau orang malaysia pergi mesti wajib bergambar dekat masjid tu haha. lagipun masa kami pergi ni orang malaysia tengah kecoh dengan kes anak dara berpeluk dengan artis kpop tu so yeah..kami nak buktikan kami pergi korea bukan sebab kpop? hahaha.

Itaewon Mosque : Subway Line 6 , Itaewon Station (Exit 3)

Masa dekat subway tu, kebetulan ada sorang ahjumma (makcik) pernah datang Malaysia, so dia macam excited la sembang dengan kitorang. rupanya dia pun kebetulan nak ke Itaewon so dia la yang jadi penunjuk arah kitorang masa dekat Itaewon tu..masa tu kitorang cakap dekat dia nak pegi makan restoran makanan korea yang halal and dia pun bawak kitorang ke Morrie Restaurant and dia kata ni satu satunya restoran makanan korea yang halal dekat seoul..wallahualam taktau la betul ke tak tapi kitorang mengiyakan jela..asalkan dapat makanan korea..dekat itaewon ni memang kedai halal bersebelahan je tapi buat apa datang korea untuk makan makanan pakistan turki malaysia kan? sampai je dekat restoran memang masing masing pun dah kebuluran and kitorang semua order beef bibimbap (8000 won)..walaupun beef dia sikit sangat buat lekat celah gigi je tapi aku rasa not bad jugak la..owner restoran ni rasanya macam indon tapi taktau la kot orang malaysia tapi sebab duduk korea lama cakap pun dah macam indon. haha. tapi dengar dia bersembang dengan pekerja dia memang lancar betul bahasa korea dia.




habis makan kitorang gerak ke Itaewon Mosque..senang je nak cari masjid ni jalan je ikut suka hati nanti jumpa jugak haha. masa tu pun memang dah masuk waktu zohor so kitorang pun solat jela terus..senang.



budak ni anak korean muslim comel gileee nama dia ibrahim tak silap :)

selesai solat kitorang bergambar lagi sampai puas lepastu bergerak ke Han River.. masa tu kitorang tersalah turun station yang jauh so memang tak nampak la bayang han river nya..tanya dekat bebudak yang tengah cycling dekat kawasan park tu..ada sorang tu boleh la speaking sikit sikit lepastu kawan kawan dia macam "wooooooooo" haha kira hebat sangat la tu agaknya hahaha comel je aku tengok. lepas dapat direction tu kitorang sampai la jugak han river tapi still tak jumpa tempat nak naik cruise..then tanya dekat sorang ahjumma pulak. hebat jugak english dia. katanya berdepan dengan bangunan 63 (bangunan dalam cite my girl awwhh).. sampai dekat tempat cruise tu hmm dah lambat. tak sempat naik the cheapest one..yang lain semua mahal gile telan air liur jela..so  kitorang decide nak datang balik hari lain..hari ni just bergambar jela asal ado.

kitorang nak naik yang pukul 5 tula 8000 won je, tapi masa kitorang sampai sana tak silap dalam 5.35 camtu..memang tak sempat.







**to be continued

No comments: